Friday, November 19, 2010

ku pohon jalan pejuangan pada MU YA ALLAH

Alhamdulillah ,
terima kasih Ya Allah kerana telah memberi rezeki kepadaku..
dalam 2-3 minggu ini , banyak panggilan untuk interview ku perolehi,
Terima kasih Ya Allah ku ucapkan..
dulu aku ingin kerja jauh-jauh (iaitu luar dari negeriku) supaya dapat terus pejuangan, tetapi yang selalu kudapat adalah dari negeriku sendiri..
susah untuk ku terus bergerak macam nie,
dan kemudian aku dapat tawaran untuk menjadi technician DI AREA NEGERIKU,
aku akn bermula pada minggu depan untuk mendaftar di tempat baru, walau latihan industri ku di Airport masih belum habis, aku mohon untuk cuti seminggu untuk menyesuaikan diri bekerja ditempat baru , supaya jika dalam tempuh seminggu tu aku berasa tidak selesa aku masih boleh meneruskan latihan industri di tempat lama..
ring.... ring..
aku dapat call dari syarikat pERAI untuk interview sbg QA Enggineer ...
terasa berat pula nak pegi, sebab bila fikir nak kena cari tempat tinggal dan transpot lagi kalu dapat keja kat perai, memng aku ada saudara di sana tp xkn nak susahkan diorng.. lagipon susah kalu duduk umah orang nie..
parent pula lebih suka aku bekerja di area negeri, memng aku pon suka sb x banyak duit keluar, tapi bila fikir aku nak hidup dalam pejuangan , aku serba salah...
DUNIA INI HANYA SEBENTAR, AKHIRAT KEHIDUPAN ABADI..
bila ingat ayat tu aku rasa serba salah, dan syarikat perai nak interview aku minggu depan hari isnin, aku pula start keja di tempat baru hari Isnin..
hm... macam mane ek....
aku mohon tempoh untuk beritahu jawapan pada hari isnin, harapnya aku dapat la tau time keja di tempat baru aku tu UNTUK SEMINGGU..
harap2 ada ct dalam seminggu tu time office hour...
hm tp susah juga r sb parent mahu aku duduk di dalam negeri..
YA ALLAH AKU MOHON KAU BERI YANG TERBAIK UNTUKKU, DAN JIKA YANG TERBAIK TELAH KAU BERI UNTUKKU KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KU..
TUNJUKKAN KU KEJAYAAN DIDUNIA DAN AKHIRAT........
SESIAPA YANG BACA NIE TLG DOAKAN UNTUK AKU EK..
SYUKRAN ...
SALAM

PENGORBANAN

SALAM AIDIL ADHA :-)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

sempena aidil adha ini ana ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ana perolehi selepas dari sembahyang raya..

pengobanan?
Apakah erti pengorbanan?
JAWAPAN ADA PADA ANDA..

hari raya aidil adha disambut oleh setiap umat islam kerana untuk mengiNgati pengobanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim, yang telah mengorbankan anak dan ayahnya demi Islam dan Perintah Allah.
tertanya juga adakah kita yang meraikannya telah melakukan pengorbanan demi ISLAM?

Nabi Ibrahim telah mengorbanka ayahnya yang menyembah berhala, walau pun ia menyanyagi ayahnya sehingga dia berdoa memohon kemaafan untuk ayahnya, namun Allah telah mengatakan perkara itu hanya sia-sia, dan Nabi Ibrahim juga telah menyembelih anaknya, walaupun beliau tidak sampai hati melakukannya, tetapi anaknya Ismail telah menguatkanya utk melakukan perintah Allah itu. Nabi Ibrahim adalah terdiri daripada manusia, yang membezakannya adalah dia deberi perlindunggan dan mukjizat.
manusia mempunyai perasaan, ini dapat dilihat akan tindak tanduk Nabi Ibrahim yang berdoa untuk ayahnya, supaya Allah memberi kemaafan kepada ayahnaya dan perasaan tidak sampai hati untuk menyembelih anaknya, tetapi disebabkan cintakan islam , patuh dan taat kepada perintah Allah beliau telah melakukannya .

disini kita boleh lihat , adakah pengorbanan yang kita lakukan demi untuk isLam setanding Nabi Ibrahim?

jika kita mengaku kita pejuang Islam pasti kita pernah merasa susah senang didalam pejuangan, tetapi masih belum setanding pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim untuk Islam, tindakan Nabi Ibrahim sesuai dengan perintah Allah didalam ayat Al-Quran yang mengatakan " jangan ibubapa, kaum keluarga, anak-anak dan harta menjani penghalang untuk kamu berjuang dalam islam "
adakah kita bersedia untuk melakukan pengorbanan seperti nabi Ibrahim jika diperlukan...


tanyalah hati kita masing2...

oleh itu, buanglah keluhan kesusahan yang sedkit itu.. kerana kesusahan yang antum hadapi adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan Nabi Ibrahim & NAbi Muhammad S.A.W


sekian dari perkongsian, perkongsian ini tidak ditujukan pada sesiapa LEBIH kepada untuk diri sendiri..

Sunday, November 14, 2010

Dimanakah Cinta? Kasih Sayang?

Assalamualaikum, sekadar perkongsian

cinta?
apa yang kita paham tentang cinta?
apa yang saya paham cinta adalah perasaan kasih sayang yang x berbelah bg kepada sesutu , sukar untuk ditafsirkan , tetapi sesipa yang pernah memiliki perasaan tu pasti mengetahuinya, bagi yang x mengetahui ia juga boleh diertikan dengan perasaan kasih sayang kita kepada keluarga kita. dimana kita tidak sanggup membiarkan sesutu terjadi kepada mereka tetapi biarlah kita yang mengalah.

cinta merupakan sesutu perasaan yang membahagiakan, walaupon kita merasa susah kadang-kadang ia akan menjadikan perasaan susah itu sesutu yng senang, cinta juga kadang-kadang akan mengeluarkan kemampuan yang luar biasa jika diperlukan...

disini ana bukan mahu berbicara tentang cinta, kerana ana yakin setiap orng mempunyai cinta, cuma baru-baru ana terfikir, bercinta bagai nak rak , then bila bergaduh caci-mencaci... dimankah perasaankasih sayang yang dikatakan cinta pada ketika ini?

didalam masyarakat mahu pon didalam drama ke apa ke, kita dapat melihat perkara atau situasi ini, bagai ia merupakan lumrah, tetapi ana xpenah pula dengar atau terbaca di zaman dahulu ada perkara begitu, sedangkan nabi menyarankan apabila kita hendak marah kita hendaklah ambil air sembahyang, kalu x boleh juga buat soalat sunat sambil tu beristifar banyak-banyak..

jika kita mendengar lagu cinta, lagu itu akan menggambarkan cinta it seolah terlalu indah, tetapi mengapa perasaan itu hilang begitu sahaja apabila ketika marah dan ketika makin berusia? sedangkan jika mengikut logik , lagi berusia makin mendalam perasaan kasih saynag itu, sebab kita telah hidup bertahun-tahun dengan pasangan kita, mengharungi suka dan duka bersama, dan antara pasangan pasti mengharapkan / memerlukan antara satu sama lain.

perasaan sayang atau cinta membawa kepada perkahwinana iaitu kita mengharapkannya selalu berada disamping kita samada susah atau senang , tetapi mengapa sekarang berkahwin sekejap ye lepas tu bercerai di mana perasaan cinte ketika sebelum berkahwin itu ketika ini?

disini ada ingin mengatakan jika kita berkahwin dengan seseorng , kita perlulah memahaminya apa yang dia suka dan apa yang da tidak suka, terutamanya lelaki, perlulah memahami perempuan yang dikahwini dan menerima seadanya selepas berkahwin,
salah satu sbnya berlakunya penceraian adalah sebab pasangan tidak memahami antara satu sama lain.

sebelum berkahwin sanggup melakukan apa sahaja, tetapi selepas kawin banyak syarat yang di kenakan, dan anatar kedu-duanya tidak sanggup saling mengalah, dan melakukan sesutu seperti sebelum berkahwin.. disebabkan ini berlakulah penceraian, yang teranaiya adala anak-anak mereka. yang perlu mendengar pergaduhan yang penuh dengan kata cacian. ini tidak adil bg anak mereka, dan mungkin akan effect kepada mereka.


akhirnya dimanakah perasaan cinta dan kasih sayang?
sama-sam kita fikirkan...

Wednesday, November 3, 2010

Maka saya menyeru kepada para daei.Disaat kamu merasa seolah-olah kamu melakukan kerja lebih dari yang lain.Disaat kamu merasakan sahabat kamu tidak “sekencang” kamu dalam melakukan gerak kerja.Janganlah sesekali kamu sombong.Janganlah sesekali kamu membencinya. Kerana kamu perlu sedar bahawa tugas itu pada asalnya adalah TANGGUNGJAWAB ALLAH KEATAS DIRIMU .Sahabatmu itu Cuma permudah cara bagimu.Pembantu bagimu. Jika sekalipun kamu ingin menegurnya,tegurlah atas niat: “Kamu Sayangkannya dan Mahukan dia juga memperoleh Syurga Allah yang tidak hadir dengan kesenangan”

JEMAAH ITU SUATU NIKMAT ATAU BALA’?
by Syaheedullah Sayyidul Qurra on Thursday, November 4, 2010 at 1:19am

Bismillahirrahmanirrahim. . .



Coretan ini,hanya sekadar pandangan dari diri yang kerdil berkenaan pemahaman berkenaan “jemaah” yang berulang-ulang kali Allah sebut di dalam Alquran.



##“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran : 104)

##“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (As Saff ayat 4)



Dan seumpanya.Jika dilhat didalam organisasi berjemaah ,ia kelihatan hebat dan kukuh ibarat sebuah pasukan tentera yang bisa menggetarkan hati-hati musuh.Namun,kenapa di dalamnya masih ada pertelingkahan?Mengapa masalah iri hati,cemburu,bersangka buruk, dan merasakan seperti saudara yang seperjuangan dengannya tidak melakukan kerja?

Ketika dalam melakukan gerak kerja, akan muncul suatu rasa seolah-olah kita melakukan kerja “lebih” dari orang lain.



Tidak kurang juga yang merasakan dirinya kurang melakukan kerja dan tidak bermanfaat pada organisasi.Bagi yang merasa seolah rakannya agak lalai dalam melakukan gerak kerja,sebahagiannya menegur dengan cara yang halus .Iaitu memberi kesedaran dan perkataan yang membuatkan rakannya tersedar akan.Sebahagiannyanya pula ,timbul rasa “tidak puas hati” dan “dengki”.Maka,jalan yang diambilnya mudah.Atas alasan menegur, dia menghantar surat ,mesej,dan sebagainya yang bertujuan “menyindir”.



Maka,banyaklah dalil dan hujjah yang diberikan bertalu-talu kepada sahabatnya.Contoh mesejnya berbunyi:

Salam.Fiman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan(As-Saff 2-3). Syukran.........Messege Sending........



Adakah itu cara yang terbaik?Atas dasar apakah ia ditujukan?MENGAJAK kepada Islam atau MEMAKSA kepada Islam?.Disaat itu,mula bergolak di dalam hati para sahabat merasakan seolah dia tidak lansung dihargai dengan sumbangan yang pernah diberi dalam gerak kerja Islami..Di dalam mesyuarat,masing-masing mempertahankan hujjah sendiri dan tidak pernah mengaku salah.Jikapun dia benar dan dituduh salah,lantang benar percakapannya mempertegakkan kebenarannya tanpa memikirkan perasaan sahabatnya. Akhirnya,jemaah itu berpecah



“Firman Allah yang bermaksud " Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. . . .”



SEDARLAH BAHAWA ISLAM DIBAWA ATAS KEIHKLASAN DAN KERELAAN

Jika kamu pernah merasai segala pergolakan dalam berjemaah,pasti kamu i merasakan “Alangkah baiknya jika aku mebawa Islam bersendirian.Tiada perbalahan.Tiada pertikaman lidah.Aku berasa lebih dekat dengan Allah”

Ya,apabila peranan Jemaah itu tidak difahami,maka ia dilihat sebagau suatu bala’, bukan satu nikmat.Siapakah yang mewujudkan suasana ini?Angkat jari telunjukmu,dan letakkan menghadap mukamu.Orang yang kamu tunjuki itulah penyebab sebenar hal ini berlaku.



Cuba kamu bayangkan.Seandainya diseluruh dunia ini,sudah tiada umat Islam lain.Yang tinggal hanya kamu seorang diri.Orang kafir sentiasa memberi ancaman kepadamu dan mencaci maki agama Islam.Maka ketika itu,adakah kamu wajib mempertahankan Islam seorang diri?Jawapannya, wajib!



##Firman Allah yg bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang emereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) TuhanMu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada ajaln yang lurus." (surah al-Hijr : 67)



##Hadith Rasulallah s.a.w yang bermaksud : " Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawap : Untuk Allah, Kitabnya dan RasulNya dan utnuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya".



Adakah kamu mampu melakukannya seorang diri?Sudah tentu tidak!. Maka Allah dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya telah memudahkan urusan kamu.Dia menghantarkan kamu dengan bantuan yang berupa kumpulan daei yang punyai matlamat sama seperti kamu.Yang namanya Jamaah.Maka patutlah kamu bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Allah yang amat besar ini.Nikmat inilah juga yang dikurniakan kepada Rasulullah untuk membantu perjuangan baginda yang merupakan sahabat-sahabat baginda.Firman Allah:



“Dan Dia memberikan semua yangkamu minta. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.” ( Ibrahim: 34)



Maka saya menyeru kepada para daei.Disaat kamu merasa seolah-olah kamu melakukan kerja lebih dari yang lain.Disaat kamu merasakan sahabat kamu tidak “sekencang” kamu dalam melakukan gerak kerja.Janganlah sesekali kamu sombong.Janganlah sesekali kamu membencinya. Kerana kamu perlu sedar bahawa tugas itu pada asalnya adalah TANGGUNGJAWAB ALLAH KEATAS DIRIMU .Sahabatmu itu Cuma permudah cara bagimu.Pembantu bagimu. Jika sekalipun kamu ingin menegurnya,tegurlah atas niat:

“Kamu Sayangkannya dan Mahukan dia juga memperoleh Syurga Allah yang tidak hadir dengan kesenangan”



Adakah kamu menyangka ,bahawa akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat,dan mereka gementar (ketakutan),sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:Bilakah tibanya pertolongan Allah?Ingatlah ,bahawa pertolongan Allah itu hampir tiba. (Al-Baqarah:214)



Wallahua’lam

perkonsian pengalaman

KISAH BENAR _ by Hipzulhafiz _ Sunday, October 31, 2010 at 3:45pm
by Suhaimi Shotaro on Wednesday, November 3, 2010 at 5:05pm

Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar.Sebarkan lah, untukpengetahuan muslimin dan muslimah..... Farhan (Kisah Perjalanannya MasukIslam)



Disarankan utk share dan bace smpi habis,terutamanya pelajar2 IPT. Allahuakbar!3x



Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal sayasewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Sayadilahirkan dibumi Sabah dalam keluargaKristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yangmenjaga 15 buah gereja disatu kawasan diSabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadiseorang paderi. Sejak mula PBS bawah DatukJoseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapatsokongan penuh kerajaan negeri.



Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmatmasyarakat. Pihak gereja selalunyamembekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orangkampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanyamasalah mereka dan bantu mereka. berbagaimasalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duitsecara spontan. Ada kami hantar keperluanharian,pakaian dan buku sekolah dsn.



Dengan cara ini kami mendekati mereka.Hasilnya dengan beberapa kali kunjungansusulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.Paling berbaloi kami mengkristian remajaIslam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorangIslam yang dimurtadkan. Bayangkanpendapatan saya ketika masih dialampersekolahan.



Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakanmengambil m/pelajaran Agama Islam yangboleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanyam/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Sayamendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 sayabelajar di sekolah asrama penuh. Saya terusambil pelajaran Agama Islam.



Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam danmemmudahkan saya menyebarkan agamakristian. Saya mempunyai beberapa soalan yangsaya kira tidak mampu dihuraikan oleh orangIslam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enambawah, saya bersemuka dengan Ustaz yangmengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu sayaada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuaidikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."



Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberaparakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgusaya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atasnama Islam,agama cikgu dan bukan atas namaKristian,agama saya". saya kemukakanbeberapa persoalan, antaranya;-Mengapa orang Islam sembah kaabahSebenarnya semua agama sama sahaja.Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islamadalah agama langit. Mengapa diakhir zaman,Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadimembebaskan kezaliman dan kekacauan danbukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalamsejarah dan hingga kini orang Islam sukapeperangan. Injil sekarang dikatakandiseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.



Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawabpertanyaan saya dankawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dankawan-kawan mati akal.Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalanyang tidak mampu saya menjawab secaratepat. Apakah boleh manusia(paderi)mengampunkan dosa manusia lain. Persoalanketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsepketuhanan Jesus.



Saya mengatur pertemuan ustaz saya denganbeberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya danbertemu bapa saya seorang ketua paderi.Ternyata bapa saya juga tidak mampumenjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahisaya kerana bawa 'orang malaya' datangkerumah.



Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.Disampingmengulangkaji saya gemar berdialog denganustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaztu,saya mengagumi cara hidupnya.



Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orangberjubah. Seorang berjubah hitam membawasalib. Seorang berjubah putih membawa benderabertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yangmeminta saya membuat pilihan. Yang berjubahhitam dan berjubah putih saling menarik sayamengikuti mereka. Saya meronta-ronta.



Disamping itu saya dapati yang berjubah hitamsemakin tengelam dan yang berjubah putihsemakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,saya terjaga. Saya mendengar suara azan danustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"mengapa Johanis....awak mengigau...."





Saya pegang tangan ustaz itu, sayakatakan,"Cikgu Islamkansaya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untukdia uruskan denganpihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustazitu.



Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.Sampai di rumah, saya lihat pakaian sayabertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telahtahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dankeluar semula denganmengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emakmenerkam dan pelurusenapang meletup keatas. Saya segerameninggalkan rumah sehelaisepinggang. Tinggalkan keluarga saya.Tinggalkan sekolah. Sayabersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum sayadibawa oleh ustaz pulang ke semenanjungsebaik habis kontrak mengajar di Sabah .



Saya diserahkan kepada PERKIM di KualaLumpur. Secara kebetulan rakan sayaNazri,vokalis kumpulan Raihan juga memelukIslam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2lagu dalam album pertama kumpulan Raihanadalah saduran lagu koir yang kami nyanyikandalam gereja sewaktu di Sabah dulu..wallahua'alam



6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pulaMaahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerjadengan Jabatan Agama Islam. Saya banyakmasuk kawasan di Negeri Sembilan, Melakadan Pahang. Tak sampai setahun saya letakjawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwahini nak berdakwahpun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadipendakwah bebas. Saya ingin membilas dosalalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kinisaya mahu berjuang untuk mengIslamkanseramai mungkin dengan kualiti bukan kuatitisaja.



Berbalik kisah keluarga saya. Selepasmeninggalkan rumah dan belajar di PERKIMsaya selalu telefon ayah,emak dan adik beradiksaya. Saya katakan jangan bencikan saya. Sayasayang ayah. Saya sayang emak. saya sayangadik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayahemak dunia dan akhirat.



Walaupun ayah menyambut dingin suara saya,saya hantarkan buku-buku yang sesuaimenerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon.7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. sayamenangis kerana rindukan ayah,emak dan adikberadik. Akhirnya, sewaktu saya di MaahadTahfiz, bagaikan halilintar saya mendapatberita........ Ayah saya menganut Agama Islam.



Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur.Air mata saya menjaditerlalu murah....saya terus menangis...sayapejamkan mata...sayabayangkan ayah dihadapan...saya peluk erattubuh ayah dan kami menangis bersama........YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu....



Peristiwa yang saya alami sewaktu memelukIslam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalaudari rumah yang diberi oleh pihak gereja.



Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihatumat Islam hari iniberpecah. Kita berpecah kerana kitameninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kitaambil sebahagian dan kita tinggalkansebahagian. Kita ambil contah pelaksanaanhukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalannak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kitacari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilahsikap umat Islam. Saya pernah berdialog denganbeberapa orang pensyarah universiti tentang isuHudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"Youapa tahu... Islampun baru setahun jagung....."



Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.Kalau ini sikap pendakwah saya tak akanmasuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana sayatahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajakmenghayati Islam.



Saya kumpulkan semula kawan-kawan masaKristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwahini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancamoleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umatIslam.



Apa tauliah awak,mana kebenaran JabatanAgama,mana permit polis, sapa benarkanpungut derma dll. Saya tak gentar berdialogdengan puak Kristian,kerana saya adapengalaman tapi sukarnya bila Umat Islamsendiri menyulitkan saya.



Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usahayang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah inimendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajarIslam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yangpura-pura masukIslam....dan dimurtadkan.



Saya sudah pergi banyak IPT. Saya palingbimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orangIslam.



Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kitaterminum 'Holy Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampioleh paderi termasukPope John Paul yang jemput Perdana Menterikitadulu (wallahua'alam). Kalau terminum,cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,Yasin 1x, 3 qul 1x,dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dansebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapatdiselamatkan. insyaAllah.



tolong fowardkan ... demi islam... demi agamayangtercinta...insyaallah...Pak Syeikh- Moga Allah beri taufik wal hidayahpada umat Islam semua agar saling bergandingbahu membendung ramai melayu Islam menjadimurtad. kalau di barat Pendakwah Islam disanaberjaya menarik Cat Steven memeluk Islam,apakah usaha umat Islam di Malaysia.BiarbanyakGereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islamlambat laun gereja tersebut akan kosong jugakmacam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2ramai yang masuk Islam dan gereja tersebutbertukar menjadi masjid...







wallahua'alam







· Share

Tuesday, November 2, 2010

CORETAN

Sahabat..
dulu berjuang bersama sahabat-sahabat,
kini juga bersahabat..
makin jauh makin rapat dan erat..
kini berjuang bersama sahabat,
ku tahu kini dekau berjuang mencari wasilah yang terdekat,
dijalan masing-masing
moga Allah permudahkan kalian
moga ada pertemuan antara kita semua lagi
biar apa juga keadaan kau tetap sahabatku..
andai tiada pertemuan antara kita di hataran bumi ini,
moga ada pertemuan di suatu ketika nanti..

dalam pena ini , terbayang kisah kita..
moga tetap diingatan kalian dan daku..
janji yang dibuat, marilah kita pegang dengan kukuh..
moga dijalan ini kita tetap bersatu..
walau pahit dan getir kita merasa jagan dikau merasa keseoarangan..
ingatlah latihan kita , yang kita saling kuat antara satu sama lain..

dunia ini kian mencabar, marilah kita perkukuhkan diri...
mengharungi hidup yang kian mencabar..
sekian nukilan dariku, untuk sahabat pejuangan yang ku rindui...
moga berjumpa di coretan lain..
salam

Monday, October 25, 2010

JALAN TARBIYYAH....

Sunday, August 24, 2008

orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu..

jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt...

seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlalu penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...

ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

ku kagum pada dirinya...

menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

YA ALLAH...

KUATKAN SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA DENGAN SAHABT..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA...


DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....

Posted by MAJLIS TARBIYAH & KEPIMPINAN NASIONAL