Friday, September 17, 2010

kelebihan anggota wuduk

Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan bahagian-bahagian pada anggota kita dalam pengambilan wuduk..
Pada masa dulu sering saya tertanya-tanya mengapa bila kita ‘buang angin’ dikatakan batal air sembahyang, kalu buang air kecil dan besar, paham-paham la kita , semua mengetahuinya kerana ia merupakan najis.
Di suatu ketika saya terbaca didalm sebuah buku di kedai buku berkenaan dengan bahagian-bahagian atau anggota-anggota wuduk…
Pernah terfikir kenapa terdapat sebahagian anggota sahaja dalam pengambilan wuduk , rupanya indah betul apa yang telah ditetapkan oleh pencipta kita (Allah)
Allah yang Esa,
Yang maha mengetahui,
Yang maha mengasihi hambanya…
Segala yang ditetapkan oleh Allah rupanya ada hikmahnya, diantara anggota wuduk dan hikmahnya yang boleh saya kongsikan bersama sahabat-sahabat adalah:-
Kita mulakan wuduk kota dengan bacaan bismillahirrahmannirrahim….
Iaitu maksudnya dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..
Disini kita sudah tahu bahawa Allah S.W.T Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, yang pastinya tidak akan membebankan umatmya, pasti ada kelebihan setiap suruhannya, hanya kita manusia yang tidak mengetahui dan memikir setiap ciptaan dan penetapanya..
1-membasuh tangan hingga pergelangan tangan
Ini kerana , segala yang kita lakukan untuk buat kerja, makan, minum, bawa kereta dan lain-lain menggunaan tangan, termasuk melakukan maksiat, rasuah, mencuri dan lain-lain lagi asalkan menggunakan tangan. Kebanyakan aktiviti seharian kita perlu menggunakan tangan, oleh itu sebelum solat kita perlu basuh tangan 
2- berkumur
Berkumur adalah untk memastikan keadaan mulut kita tidak berbau, selain itu adalah mungkin untuk mengigatkan kita supaya TIDAK mengumpat, memakan benda haram dan lain-lain


3-membasuh muka
Basuh muka disuruh untuk memastikan kita sentiasa segar apabila melakukan solat selain menghilang dan menyucikan minyak pada muka, bagi perempuan yang memakai alat solek, perlu di hilangkan sebelum mengadap Allah, tuhan pencipta manusia. Kerana apa yang telah diciptakan merupakan yang terbaik untuk individu itu sendiri. Tapi memang tak salah kalu nak mekap ….
4-membasuh tangan hingga ke siku
Membasuh pergelangan tangan, adalah hikmahnya seperti membasuh tangan di permulaan, yang membezakan kali ini ianya dibasuh hingga ke siku, seperti yang kita ketahui dizaman sekarang baik lelaki mahu pon perempuan sekarang memakai baju yang berlengan pendek, ini mungkin untuk mengingatkan kita bagi yang perempuan untuk menutup aurat, dan yang lelaki menegur perempuan untuk menutup aurat 
5-menyapu dahi
Menyapu dahi adalah untu memastikan kesegaran dibahagian kepala, dan kemungkinan mengigati kita atau melarang kita dari berfikir akan sesuatu yang sia-sia
6-menyapu telinga
Dengan menyapu telinga, ia akan membuat individu itu akan berasa lebih segar. Teling adalah symbol untuk menyuruh kita untuk mendengar laungan azan dan perkara- perkara yang baik, serta mengelak dari mendengar benda-benda yang tidak membawa kebaikan serta dosa…
7- membasuh kaki
Kaki adalah anggota yang selalu digunakan. Simbolik sengan membasuh kaki adalah untuk mengelakkan kita dari pergi ke tempat-tempat yang tidak berfaedah atau pon maksiat serta melakukan sesuatu yang di larang oleh Allah.
Dari serba sikit apa yang saya huraikan…
Kita dapat lihat , dengan mengambil wuduk sahaja Allah telah ingatkan kita supaya menjauhi larangannya , inikan pula lagi sembahyang…
Jadi sembahyang la sebelum kamu disembahyangkan 
Sekian, terima kasih kerana membaca…
Selamat beramal  …..

No comments:

Post a Comment