Monday, September 27, 2010

TIP MEMBUAT KEPUTUSAN

PERTAMA

SOLAT ISTIKHARAH
Solat istikharah patut menjadi prioriti seoarng muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diingini oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah S.W.T yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini diingatkan oleh Allah dalam surah al-baqarah 2:216

kedua

Musyawarah
musyawarah , syura , bermesyurat atau berdiskusi amat penting.satu akal yang bersura membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang bayak.oleh sebab itu mintalah pendapat prang yang soleh , ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan

ketiga

Dengar kata Hati
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat . Bukan sebarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang mencintai Allah dan Rasul layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu , dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

Pesanan
Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bg membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi larangan-Nya

diambil dari majalah solusi isu 22

No comments:

Post a Comment