Wednesday, November 3, 2010

Maka saya menyeru kepada para daei.Disaat kamu merasa seolah-olah kamu melakukan kerja lebih dari yang lain.Disaat kamu merasakan sahabat kamu tidak “sekencang” kamu dalam melakukan gerak kerja.Janganlah sesekali kamu sombong.Janganlah sesekali kamu membencinya. Kerana kamu perlu sedar bahawa tugas itu pada asalnya adalah TANGGUNGJAWAB ALLAH KEATAS DIRIMU .Sahabatmu itu Cuma permudah cara bagimu.Pembantu bagimu. Jika sekalipun kamu ingin menegurnya,tegurlah atas niat: “Kamu Sayangkannya dan Mahukan dia juga memperoleh Syurga Allah yang tidak hadir dengan kesenangan”

JEMAAH ITU SUATU NIKMAT ATAU BALA’?
by Syaheedullah Sayyidul Qurra on Thursday, November 4, 2010 at 1:19am

Bismillahirrahmanirrahim. . .



Coretan ini,hanya sekadar pandangan dari diri yang kerdil berkenaan pemahaman berkenaan “jemaah” yang berulang-ulang kali Allah sebut di dalam Alquran.



##“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran : 104)

##“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (As Saff ayat 4)



Dan seumpanya.Jika dilhat didalam organisasi berjemaah ,ia kelihatan hebat dan kukuh ibarat sebuah pasukan tentera yang bisa menggetarkan hati-hati musuh.Namun,kenapa di dalamnya masih ada pertelingkahan?Mengapa masalah iri hati,cemburu,bersangka buruk, dan merasakan seperti saudara yang seperjuangan dengannya tidak melakukan kerja?

Ketika dalam melakukan gerak kerja, akan muncul suatu rasa seolah-olah kita melakukan kerja “lebih” dari orang lain.



Tidak kurang juga yang merasakan dirinya kurang melakukan kerja dan tidak bermanfaat pada organisasi.Bagi yang merasa seolah rakannya agak lalai dalam melakukan gerak kerja,sebahagiannya menegur dengan cara yang halus .Iaitu memberi kesedaran dan perkataan yang membuatkan rakannya tersedar akan.Sebahagiannyanya pula ,timbul rasa “tidak puas hati” dan “dengki”.Maka,jalan yang diambilnya mudah.Atas alasan menegur, dia menghantar surat ,mesej,dan sebagainya yang bertujuan “menyindir”.



Maka,banyaklah dalil dan hujjah yang diberikan bertalu-talu kepada sahabatnya.Contoh mesejnya berbunyi:

Salam.Fiman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan(As-Saff 2-3). Syukran.........Messege Sending........



Adakah itu cara yang terbaik?Atas dasar apakah ia ditujukan?MENGAJAK kepada Islam atau MEMAKSA kepada Islam?.Disaat itu,mula bergolak di dalam hati para sahabat merasakan seolah dia tidak lansung dihargai dengan sumbangan yang pernah diberi dalam gerak kerja Islami..Di dalam mesyuarat,masing-masing mempertahankan hujjah sendiri dan tidak pernah mengaku salah.Jikapun dia benar dan dituduh salah,lantang benar percakapannya mempertegakkan kebenarannya tanpa memikirkan perasaan sahabatnya. Akhirnya,jemaah itu berpecah



“Firman Allah yang bermaksud " Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. . . .”



SEDARLAH BAHAWA ISLAM DIBAWA ATAS KEIHKLASAN DAN KERELAAN

Jika kamu pernah merasai segala pergolakan dalam berjemaah,pasti kamu i merasakan “Alangkah baiknya jika aku mebawa Islam bersendirian.Tiada perbalahan.Tiada pertikaman lidah.Aku berasa lebih dekat dengan Allah”

Ya,apabila peranan Jemaah itu tidak difahami,maka ia dilihat sebagau suatu bala’, bukan satu nikmat.Siapakah yang mewujudkan suasana ini?Angkat jari telunjukmu,dan letakkan menghadap mukamu.Orang yang kamu tunjuki itulah penyebab sebenar hal ini berlaku.



Cuba kamu bayangkan.Seandainya diseluruh dunia ini,sudah tiada umat Islam lain.Yang tinggal hanya kamu seorang diri.Orang kafir sentiasa memberi ancaman kepadamu dan mencaci maki agama Islam.Maka ketika itu,adakah kamu wajib mempertahankan Islam seorang diri?Jawapannya, wajib!



##Firman Allah yg bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang emereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) TuhanMu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada ajaln yang lurus." (surah al-Hijr : 67)



##Hadith Rasulallah s.a.w yang bermaksud : " Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawap : Untuk Allah, Kitabnya dan RasulNya dan utnuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya".



Adakah kamu mampu melakukannya seorang diri?Sudah tentu tidak!. Maka Allah dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya telah memudahkan urusan kamu.Dia menghantarkan kamu dengan bantuan yang berupa kumpulan daei yang punyai matlamat sama seperti kamu.Yang namanya Jamaah.Maka patutlah kamu bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Allah yang amat besar ini.Nikmat inilah juga yang dikurniakan kepada Rasulullah untuk membantu perjuangan baginda yang merupakan sahabat-sahabat baginda.Firman Allah:



“Dan Dia memberikan semua yangkamu minta. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.” ( Ibrahim: 34)



Maka saya menyeru kepada para daei.Disaat kamu merasa seolah-olah kamu melakukan kerja lebih dari yang lain.Disaat kamu merasakan sahabat kamu tidak “sekencang” kamu dalam melakukan gerak kerja.Janganlah sesekali kamu sombong.Janganlah sesekali kamu membencinya. Kerana kamu perlu sedar bahawa tugas itu pada asalnya adalah TANGGUNGJAWAB ALLAH KEATAS DIRIMU .Sahabatmu itu Cuma permudah cara bagimu.Pembantu bagimu. Jika sekalipun kamu ingin menegurnya,tegurlah atas niat:

“Kamu Sayangkannya dan Mahukan dia juga memperoleh Syurga Allah yang tidak hadir dengan kesenangan”



Adakah kamu menyangka ,bahawa akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat,dan mereka gementar (ketakutan),sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:Bilakah tibanya pertolongan Allah?Ingatlah ,bahawa pertolongan Allah itu hampir tiba. (Al-Baqarah:214)



Wallahua’lam

1 comment:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel ini.

    Diharap ia menjadi santapan buat mereka yang bergelar daei.

    Syaheedullah yahya.
    Fb : Abu Dihyah

    ReplyDelete