Friday, November 19, 2010

PENGORBANAN

SALAM AIDIL ADHA :-)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

sempena aidil adha ini ana ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ana perolehi selepas dari sembahyang raya..

pengobanan?
Apakah erti pengorbanan?
JAWAPAN ADA PADA ANDA..

hari raya aidil adha disambut oleh setiap umat islam kerana untuk mengiNgati pengobanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim, yang telah mengorbankan anak dan ayahnya demi Islam dan Perintah Allah.
tertanya juga adakah kita yang meraikannya telah melakukan pengorbanan demi ISLAM?

Nabi Ibrahim telah mengorbanka ayahnya yang menyembah berhala, walau pun ia menyanyagi ayahnya sehingga dia berdoa memohon kemaafan untuk ayahnya, namun Allah telah mengatakan perkara itu hanya sia-sia, dan Nabi Ibrahim juga telah menyembelih anaknya, walaupun beliau tidak sampai hati melakukannya, tetapi anaknya Ismail telah menguatkanya utk melakukan perintah Allah itu. Nabi Ibrahim adalah terdiri daripada manusia, yang membezakannya adalah dia deberi perlindunggan dan mukjizat.
manusia mempunyai perasaan, ini dapat dilihat akan tindak tanduk Nabi Ibrahim yang berdoa untuk ayahnya, supaya Allah memberi kemaafan kepada ayahnaya dan perasaan tidak sampai hati untuk menyembelih anaknya, tetapi disebabkan cintakan islam , patuh dan taat kepada perintah Allah beliau telah melakukannya .

disini kita boleh lihat , adakah pengorbanan yang kita lakukan demi untuk isLam setanding Nabi Ibrahim?

jika kita mengaku kita pejuang Islam pasti kita pernah merasa susah senang didalam pejuangan, tetapi masih belum setanding pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim untuk Islam, tindakan Nabi Ibrahim sesuai dengan perintah Allah didalam ayat Al-Quran yang mengatakan " jangan ibubapa, kaum keluarga, anak-anak dan harta menjani penghalang untuk kamu berjuang dalam islam "
adakah kita bersedia untuk melakukan pengorbanan seperti nabi Ibrahim jika diperlukan...


tanyalah hati kita masing2...

oleh itu, buanglah keluhan kesusahan yang sedkit itu.. kerana kesusahan yang antum hadapi adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan Nabi Ibrahim & NAbi Muhammad S.A.W


sekian dari perkongsian, perkongsian ini tidak ditujukan pada sesiapa LEBIH kepada untuk diri sendiri..

No comments:

Post a Comment